Tuesday, March 15, 2011

Titipan Hati

Angin semilir umpama sutera cina menampar lembut pipiku. Aku mendongak ke langit memandang awan yang berbagai bentuk dan paten. Pandanganku jauh merentasi awan-awan nan biru. Namun mindaku kosong. Kosong  seperti kertas yang tiada contengan berlakar diatasnya. Tidak dapat ditafsirkan warna-warna apakah yang akan dicoretkan. Sudahku cuba memerah segala solusi-solusi yang patut aku perbentangkan kepadanya. Aku buntu. Tiada bantuan yang dapat menghulurkan tangan memikul bebanan bersama-samaku.

Wajah yang terpampang didepan mataku keruh. Seperti keruhnya air sungai yang berkeladak dengan pasir-pasirnya. Matanya tiada lagi bercahaya seperti biasa. Aku menghela dan menghembus nafas panjang. Kupaut tangannya. Kugenggam dengan erat, menyalurkan segala kekuatanku kepadanya. Aku perlu kuat walaupun air mataku seakan mahu jatuh menyungai di kedua belah pipiku. Lalu kuberkata kepadanya setelah jeda antara kami berlangsung lamanya.

"Temanku, usah kau berduka lara. La tahzan. Ada lagi mereka yang lebih berduka darimu. Ku juga pernah mengalami perkara yang serupa. Ada banyak solusi yang boleh digunapakai. Tiada gunanya menitikkan air mata sekiranya jalan cara tiada bergerak. Keras begitu sahaja. Jikalau tiada menjadi, mintalah pada Rabbul Izzati. Dia Yang Agung tempat kita sekalian menghamburkan tangis. Jangan sekali lupa pada-Nya. Titipan-titipan cinta dari-Nya menjadi penawar segala racun. Bacalah, agar kau mendapat ketenangan. Jangan bimbang wahai teman. Aku sentiasa bersamamu. Tiada pernah sezarah niat untukku meninggalkanmu."

Aku mengukir senyuman kepadanya. Moga kata-kataku meringankan beban tanggungannya. Aku sentiasa berada disampingmu, teman..........................



-Khas untukmu-

No comments:

Post a Comment