Tuesday, September 27, 2011

Missing You!!!

"Lebatnya hujan. Bila la nak berhenti. Hmmm..."
Sejuk, basah, dingin, kegigilan, semuanya ada. Cuma satu yang hilang. Hilang lama dahulu. DIA. Dia yang menghangatkan hariku. Berada disisinya amat membahagiakan diriku. Bercanda, tersenyum sesama sendiri, menikmati hujan berdua. Tapi...semua itu telah berlalu. Kenangan pahit menggamit perasaan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Memang orang kata masa boleh memnyembuhkan luka dihati, tapi mereka tidak merasainya seperti yang aku alami. Jauh disudut hati, aku rindukan dia. Adakah DIA merasainya juga?

Friday, July 8, 2011

Hey!!!!!!

Lamanya tinggal blog....berhabuk dah bende dalam nih..tebal lebih seinci dah nih....sekarang nak update la per2 yang patot kan....tapi nak cakap per pon....nak say HAI, rasanye dah kenal sumer 'orang'....maksudnye yang follow lah...hehehe......tapi yang baca pon boleyh la...facebook da bukak, YM xlagi....huhu...hurmmm...sebenarnye kan,..............................sye nak pegi mandi................muahahahhaha......out dulu.....chow leng kong...........................=D

Tuesday, March 15, 2011

Titipan Hati

Angin semilir umpama sutera cina menampar lembut pipiku. Aku mendongak ke langit memandang awan yang berbagai bentuk dan paten. Pandanganku jauh merentasi awan-awan nan biru. Namun mindaku kosong. Kosong  seperti kertas yang tiada contengan berlakar diatasnya. Tidak dapat ditafsirkan warna-warna apakah yang akan dicoretkan. Sudahku cuba memerah segala solusi-solusi yang patut aku perbentangkan kepadanya. Aku buntu. Tiada bantuan yang dapat menghulurkan tangan memikul bebanan bersama-samaku.

Wajah yang terpampang didepan mataku keruh. Seperti keruhnya air sungai yang berkeladak dengan pasir-pasirnya. Matanya tiada lagi bercahaya seperti biasa. Aku menghela dan menghembus nafas panjang. Kupaut tangannya. Kugenggam dengan erat, menyalurkan segala kekuatanku kepadanya. Aku perlu kuat walaupun air mataku seakan mahu jatuh menyungai di kedua belah pipiku. Lalu kuberkata kepadanya setelah jeda antara kami berlangsung lamanya.

"Temanku, usah kau berduka lara. La tahzan. Ada lagi mereka yang lebih berduka darimu. Ku juga pernah mengalami perkara yang serupa. Ada banyak solusi yang boleh digunapakai. Tiada gunanya menitikkan air mata sekiranya jalan cara tiada bergerak. Keras begitu sahaja. Jikalau tiada menjadi, mintalah pada Rabbul Izzati. Dia Yang Agung tempat kita sekalian menghamburkan tangis. Jangan sekali lupa pada-Nya. Titipan-titipan cinta dari-Nya menjadi penawar segala racun. Bacalah, agar kau mendapat ketenangan. Jangan bimbang wahai teman. Aku sentiasa bersamamu. Tiada pernah sezarah niat untukku meninggalkanmu."

Aku mengukir senyuman kepadanya. Moga kata-kataku meringankan beban tanggungannya. Aku sentiasa berada disampingmu, teman..........................



-Khas untukmu-

Monday, March 14, 2011

Panic!!!

Macam mne nih.....
Ape yg ptut dibuat...
Solution nye bukan senang macam menyelesaikan Algebraic Expression Form 3 tuh...ini sangat susah..
Aku yang duduk di atas kerusi ( takkan nak duduk atas orang kot..hehe) dah mula memusing-musing...pening kepalo den...
Tangan pon dah tak boleh duk diam....
Cepat la....
Aku tak tahan nih.....
Tolong la cepat sikit....................................
Aku dah mula mengetuk-ngetuk pintu......
Come on la.....
Peluh dah memercik ke dahi......









AKU NAK MASUK BILIK AIR PLEASEEEE!!!!!!!!

Saturday, March 12, 2011

Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

( korus )

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Wednesday, January 19, 2011

Rainbows (10)

Kerekk...Bunyi pintu yang kutolak terasa kuat sangat. Kenapa senyap dan gelap ni?..Mana Nana?..hmm ada kelas la tu. Aku melihat jam di tangan 6.45 petang. Aku masuk ke dalam bilik tanpa membuka lampu. Aku letak beg raket ditepi katil dan terus selam katil. Fuh penatnya..lawan dengan Kamilia macam last main untuk hidup..Aku memejamkan mata sambil mendepangkan tangan. Nak tidur kejap la sementara Maghrib nak masuk. Haaa...aku menguap..Suddenly..jeng..jeng..jeng...
     "Aaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!"
     "Senyap..Jangan menjerit. Kalau tak, aku benamkan bantal ni kat muka kau sampai kau selamat tinggalkan dunia ni..Hahahahah...."
     "Kau orang ni siapa haa..Buka kain kat mata aku ni!..Kenapa kau orang masuk bilik aku?!Kau orang nak apa?!"Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tanganku terasa kebas bahana genggaman daripada orang yang menceroboh tadi.Haish...kenapa la time-time ni nak jadi macam ni. Buat la tahun depan ke. Lagi senang tak payah buat langsung. Menyusahkan orang betul...
     " Ok..aku akan bukak kain kat mata kau ni tapi kau jangan nak buat apa-apa yang bakal menyakitkan diri kau jugak.Faham?.."
     " Ok-ok...bukak la.." Suara aku masih keras. Aku terasa penceroboh datang menghampiriku. Tangannya menyeluk ke belakang kepala aku lalu membuka pautan kain dimata aku. Aku membuka mata tapi mata aku terasa sakit dek cahaya lampu yang terang. Seketika kemudian....
     "SUPRISE!!!!!!!!"Suara penceroboh tadi terasa kuat. Aku terpana seketika. Apakah??...Ini...Ini memang menaikkan suhu badan aku yang dah tahap lava Gunung Vesuvius ni.
     "Kurang ajar punya kau orang...." Aku menggigit bibir menahan geram...Aku terasa tangan aku dilepaskan perlahan-lahan. Aku memalingkan muka ke arah belakang. Mata aku mencerun panahan laser merah ke arah mereka yang pegang tangan aku tadi.
     "Kau orang memang nak kena dengan aku ek. Memang nak rasa penangan sakti langit ketujuh aku ni..Ha..Mari sini seorang-seorang..Aku kerjakan kau orang.." Aku mengejar mereka semua. Dah lebih tujuh kali tawaf bilik aku nih. Last-last semua berhenti sebab penat. Aku lagi la penat..Aku duduk atas katil menghilangkan lelah terus pandang satu-satu muka kat depan aku. Dia orang duduk jauh dari aku dekat dengan meja study. Ni mesti takut kena tangkap dengan aku ni...
     "Allahuakbar...Allahuakbar...."bunyi azan dekat masjid kampus berkumandang. Maghrib dah masuk. Badan dah rasa melekit-lekit dah ni macam sebulan tak mandi ni. Bau pun pergh 'wangi'...
     " Kau orang balik mandi and solat semua. Lepas Isyak, kau orang datang bilik aku balik..Kalau tak datang, aku mogok.." Aku kasi gertak sikit. Mereka mengangguk jer. Mencicit dia orang keluar dari bilik aku sambil sengih kambing kat aku..Aku menggeleng kepala mengingatkan kembali apa yang jadi tadi. Entahapahapa la dia orang ni. Aku mencapai tuala dan toiletries..Nak mandi.....

Tuesday, January 18, 2011

Nota Kaki....

Cerita yang dilakarkan didada blog ini tidak mengikut susunan cerita yang betul...I'm just throwing the words sesedap rase saje..Sorry if the story is not completed yet tergantung jer...huhu...Thanx a million gazillion for reading my merapu-meraban ni...Love u all...

Monday, January 17, 2011

Rainbows (9)

Aku menyeka peluh yang meleleh didahi. Mataku fokus ke arah gelanggang tenis dan pemain yang sedang melakukan servis. Aku mengira dalam hati waktu untuk aku membalas servis tersebut. Lima.....Empat.....Tiga.....Dua.....Satu......Aku sudah mengangkat raket. Tapi..Aku menepuk dahi. Halamak..tak kena la pula..Minah ini Maria Sharapova ke siap boleh buat ace ini. Memang tajam menjurus la pukulan dia. Markah aku dengan dia sama, kira deuce la.
     "Kejap-kejap-kejap. Rest kejap. Dah kering tekak aku ni.."Aku melaung ke arah pemain disebelah sana sambil menunjuk simbol STOP. Dia mengangguk saja. Aku malangkah ke sideline lalu duduk dan meneguk air yang baru kucapai dari dalam beg.
     "Hebat la kau punya servis..Kau bertapa dengan Sharapova ke Williams?Aku nak join sekali.."Aku toleh ke arah dia.
     "Banyak la kau punya bertapa. Aku selalu turun main. Kau je yang malas nak turun. Asyik buat kuak kupu-kupu kat bilik tu. Mana la boleh macam tuh.."Dia perli aku..
     "Weyh..Jangan pandang sebelah mata tau..Kuak kupu-kupu tu bersenam jugak tau..Heheh.."Aku gelak. Dia pun gelak.
     "Kuak kupu-kupu atas katil...Hmm...Risa, apa kisah kau dengan classmate Akaun kita tu?"
     "Alamak....Kau pun tahu jugak ke?Haish..."Aku menggaru kepala yang tak gatal sampai senget-benget dah tudung aku.
     "Mesti la tahu...cerita sensasi bulan ni kot..Budak tu hot..Ramai yang mimpi siang sebab dia tau..Last-last ko yang 'bertuah' dapat berperang mulut dengan dia."
     "Ala kes tu dah tutup dah. Aku dengan hati yang lapang lagi luas dah pun maafkan dan meminta maaf kat dia. So takyah la kau orang nak bising-bising lagi pasal ini." Aku senyum ke arah dia. Dia pun senyum lalu mendongak ke arah langit.
     "Aku faham..Aku bukannya apa tak nak kau rasa pressure dengan masalah ni.."
     "Ish..aku ok jela...Don't worry keyh..Jom sambung main..Lama sangat berehat ni. Ingatkan nak take five jer.."Aku mula bangkit dari duduk dan menepuk-nepuk belakang seluar. Dia pun berbuat begitu.
     Kamilia Dato' Kamal. Lagi satu rakan aku yang concern tahap pe ntah kat aku nih. Aku ni memang ada cop muka pembawa masalah eg. Sama la dengan BFF aku yang lagi sorang tuh, Yoo In. Tapi aku suka jer...Hehe...Aku pun membongkokkan badan dan mata fokus ke arah permainan. Kamilia mengenyitkan mata ke arah aku...
    "Ready eg...Maria Sharapova Malaysia datang menyerang..".....

Saturday, January 8, 2011

Rainbows (8)

     Ruang disekeliling aku terasa hening yang amat. Macam rumah yang kena tinggal. Kosong. Tinggal aku dengan dia saja. Aku memandang tunak ke arah dia sambil meramas-ramas tangan yang terasa basah. Macam mana ni...Mata disebalik cermin mata yang tidak berbingkai membalas pandanganku. Berapi-api plus sinis.. 
     "Hmm...Awak nak apa jumpa saya ni?"Aku terus melontarkan pertanyaan sebelum dia mengeluarkan suara dia yang 'merdu' itu. Dia mengangkat sebelah keningnya. Aku angkat kening jugak.Tak nak kalah..Hahah..
     "Aku nak cakap sikit dengan engkau.."Dia bersuara.Dah tak ada saya awak lagi dah..Ish...nak cari gaduh lagi ker...
     "Nak cakap pasal apa?Assignment kelas Akaun tadi ke? Rasanya semua orang dapat handouts yang madam bagi tadi. Awak tak dapat ek..Nak pinjam saya punya ker?"Aku terus jawab sekali banyak. Aku tahu dia nak cakp pasal apa..Aku buat bodoh jer.. Muka dia macam nak tumbuh tanduk jer.Ala-ala Hellboy gitu..Muahaha.. Bengang ke bang...
     "Bukan yang tu..Pasal tu aku tahu la. Nie pasal...ughh..."
     "Pasal......what?"
     "Pasal siang tadi la cik kak oi...Ingat tak?Ke dah kena dementia..."Sinical habis..Suka hati kepala lutut dia cakap aku nyanyuk. Tak boleh jadi ni.Rasa gementar yang aku rasa sebelum aku menjejakkan kaki kat library yang cantik ini terus hilang. Berganti dengan geram. Dah terbalik pula aku dengan dia..
     "Ehem..Ehem..."Aku membetulkan tekak.."Oh pasal tadi. Rasanya saya tak ada apa nak cakap lagi. Case closed..." Huish...macam hakim la pulak...Hehe..
     "Tak ada apa kau cakap. Kau langgar aku, kira tak ada apa la..."
     "Saudara, siapa yang langgar siapa ni. Saya yang besar ni pun awak tak nampak ker..Dah mata empat pun jalan sipi lagi ker?"Ini mendatangkan kemarahan..Suka ria dia jer menuduh aku..Dada dia turun naik-turun naik.
     "Ok..Ok..kita sama-sama salah..Untuk menyenangkan cerita, kita sama-sama minta maaf..Saya malas la nak cari gaduh dengan mana-mana orang kat sini..Truce?"Aku menjungkitkan kening. Aku malas hendak main tarik tali dengan dia ini. Banyak lagi kerja lain yang aku nak buat. Dia memuncungkan mulut sambil meletakkan tangan didagu. Memikirkan cadangan untuk berdamai..
     "Hmm..whatever...truce..."Sayup-sayup jer dia cakap perkataan truce tuh and then dia belah macam tu jer. Aku pandang pelik ke arah dia yang sedang berjalan ke arah pintu keluar ruangan level 2 ini. Senget ke sengal mamat tuh...Aku menggaru-garukan kepala yang berkerudung biru.
     Peduli la..Aku menyumbatkan earphones yang tak sempat dikenakan tadi dek sesi luahan hati ke hati aku dan saudara Ril tadi..Ril ek nama dia..?Aku rasa la..Sebelum memulakan ulang kaji, aku menarik nafas dan memandang ke arah sekeliling. Terasa hidup aku bebas dari masalah tadi.......Lega.....