Monday, December 27, 2010

Rainbows (7)

     Suasana di dalam library kelihatan sunyi pada malam ini walaupun ramai pelajar sedang mengulang kaji. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang galak menghembuskan dingin didalam ruangan itu. Bunyi selakan buku-buku juga menjadi melodi yang sangat merdu di pendengaranku. Mungkin kerana musim peperiksaan bakal ditempuh oleh kami semua tak lama lagi. Menjadi salah satu sebab mengapa pelajar-pelajar bertungkus-lumus membuat revision agar tidak jatuh tersungkur semasa menjawab peperiksaan. Aku menguatkan semangat menapak ke dalam ruangan yang dingin lagi luas itu. Debaran didada masih terasa kencang seperti aku melihat cerita seram Haunting In Connecticut Sabtu lepas bersama Yoo In. Sudah la aku tidak suka melihat cerita bergenre seram lagi minah itu galak mengajak aku.Huh....
     Aku meletakkan beg di atas meja yang berhadapan dengan rak-rak buku. Aku memandang sekilas ruangan level 2 ini mencari kalau-kalau Yoo In telah datang lebih awal dan menyimpan tempat untuk aku..Hmm...nampaknya dia tak datang lagi. Aku kembali ke arah beg dan mengeluarkan buku dan peralatan yang diperlukan sebelum membaca doa untuk memulakan ulang kaji.
     Selang 10 minit, kerusi dihadapan aku ditarik. ' Sapa la pulak yang duk depan aku ni. Menyemak jela. Tempat lain kan banyak..'Geram aku dalam hati.
     "Ehem...Ehem...."Suara didepan aku berdehem. Aku mendongak melihat dia yang masih berdiri. Mata aku membulat dan mulutkan terbuka sedikit. Degupan jantung aku makin kencang. Adrenaline rush. Tak payah susah-susah aku nak gi berlari ke apa kalau nak rasa adrenaline rush. Tengok muka orang depan aku saja da boleh dah. Apa aku nak buat ni. Risa....apa yang kau nak buat sekarang?....Think....think quickly.....cepat.....
     "Erm....hye....?"Eheheheh...

Friday, December 24, 2010

Rainbows (6)

Aku masih terbayang cerita yang dialkisahkan kepada aku semalam. Aku menggelengkan kepala dan tersenyum sambil memandang tunak ke arah barisan-barisan ayat Principles of Management. Macam-macam.

     "Aku tengah cari-cari buku kan..Lepas tu aku pun pergi la bersandar kat rak buku tu. Aku ingatkan tak ada la orang yang akan lalu dekat situ sebab rak tu duduknya yang paling hujung sekali..Tengah best aku landing kat situ, tetiba ada la sorang brother kat situ nak lalu. Aku pun kasi la laluan. Tapi mamat tu macam tak puas hati. Dia cari gaduh dengan aku. Masalah dia sebab aku bagi space sikit jer kat dia. Aku pun hangin la satu badan.. Aku pun tendang la kaki dia..Ingat dia bagus sangat.." Yoo In melempiaskan amarahnya.. Budak ni pun satu. Buatnya orang tu bengkak kaki dengan hati, naya la kau..
     "Apasal mamat tu..?Alasan tak macam alasan jer...Hensem tak mamat tuh..?"Aku sengih sambil mengangkat kening..Yoo In pantang kalau nampak lelaki yang berdahi licin...Fuh.....
     "Boleh la tahan..Ala-ala Govinda...Of course la tak..kau nie pun..Bukan sekali jer tau dia cari pasal dengan aku..Ni dah masuk kali kelima puluh lapan tau..Huh...."Muka bengang la tu..
     "Kau jangan benci sangat kat dia tu..Mak aku cakap nanti lama-lama jatuh hati kang..Masa tu baru kau tau langit tu tinggi ke rendah.." Aku menasihati Yoo In dah memuncungkan mulutnya. Suka la dia muncung-muncung. Bukannya lawa pun. Aku sekarang bertapa dalam bilik minah ni sebab kejap lagi aku nak pergi kelas Microeconomics. Dekat sikit aku nak berjalan. Tak payah aku nak menyusahkan tubuh aku yang kau orang sedia maklum comel lagi gebu ni...Hehehe...
     "Tak ada makna aku nak jatuh hati ke jatuh jantung ke kat mamat tak sedar diri tu..Ingat kita perempuan dia buat suka hati dia jer....Huh.....menyampah aku...."
     "Ikut engkau la..Aku nak tolong jer...."Aku tidak mahu menambah petrol ke dalam api amukan Yoo In..Aku mengerling ke arah jam didinding. Sudah pukul 3.00 petang. Kelas start pada pukul 3.45 petang.
     "Yoo In..." Aku mengerling ke arah Yoo In..Dia tengah memeluk patung Hamtaro sambil memejamkan mata. Aik....nak tidur ker?....
     "Weyh, jom bangun siap-siap pergi kelas..Dah pukul berapa ni....Karang lambat masuk kelas...Aku tak nak kena cap mohor 'Saya suka banget datang kelas lambat-lambat' dengan Prof.Razman Indon tu..Dah la minggu lepas aku kena gula dengan Prof tu..."Aku cuba mengalihkan patung di tangannya....susahnya....Yoo In mengalihkan Hamtaro dengan senyuman dibibir yang tidak boleh aku tafsirkan..
     "Sebenarnya Prof tu suka kat kau..Tapi kau jer yang tak nak...Muahahaha....lagi satu kau ada history kan dengan brother specky membunuh tu kan. Kau tak cerita lagi kat aku.."
     "Hish tak sayang mulut langsung....Aku sumbatkan Hamtaro busuk kau nie dalam mulut kau kang baru tau..Dah la dah la..malas nak layan..."Aku bangun sambil membetulkan rambut lalu masuk ke dalam bilik air..Yoo In gelak macam tak cukup nafas lepas tu........

Thursday, December 16, 2010

Rainbows (5)

Tingg....pintu lif terbuka. Aku keluar dari perut lif menuju ke lecture room. Keadaan sekeliling masih mendung akibat hujan di pagi hari. Sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam. Kalau dapat tidur berselubungkan selimut nie mesti best yang amat.
     "Assalamualaikum." Hanya kepala aku yang terjenguk ke dalam bilik itu sambil memberi salam. Hanya segelintir yang menjawab salam aku tadi.Hemm... ada lecturer ker?..Mana la tahu kalau lecturer tersayang dah masuk.Huh...nasib tak sampai lagi. Aku mencari tempat duduk yang kosong. Barisan kedua dari belakang dan bersebelahan dengan laluan antara meja yang masih tidak berpenghuni. Aku pun segera mengambil tempat tersebut.
     Aku melepaskan lelah. What a day....malang betul la hari ni. Dah la kena langgar dan dihempap dengan anak pakcik mana ntah. Apa nama dia?Ril?Peduli la..yang pasti aku dah malas nak ambil tahu. Geram betul... Yoo In tak masuk lagi. Dia cakap nak pergi library tadi. Pinjam buku. Aku meliarkan pandangan melihat kelas yang hingar dengan suara-suara yang tidak aku ketahui butirannya. Kelas yang dilengkapi dengan komputer dan projector bagi kegunaan pensyarah dan pelajar selain daripada meja serta kerusi yang aku agak ada dalam linkungan 40 buah. Pemandangan dari luar tingkap ditutupi dengan windows blinds. Hembusan aircond terus menyejukkan tubuh aku yang sudah berada pada paras 18 darjah celcius ini.
     "''ssup....Cepatnya kau masuk kelas. Kau berlari ke apa?.." Yoo In terus menjatuhkan diri ke kerusi sebelah aku. Buku yang dipinjam dari library diletakkan di atas meja. Aku baru hendak membuka mulut tapi Yoo In dah menjengahkan kepala kesebelah kanan aku. Apa yang menarik sangat pun aku tak tau..
     "Risa....Risa...."Yoo In mencuit lengan aku sambil memuncungkan mulutnya..
     "Apa hal kau ni..?Yang duk muncung-muncung mulut ni apasal....Sakit mulut kaki dan tangan ke?"
     "Hish...ada pulak cakap aku macam tu. Kalau mulut kau masin, aku cari kau dulu. Biar aku smackdown jer kau nanti.Haa...asal mamat meja yang hujung dunia belah sana pandang kau macam nak makan kau je? Kau ada kes sejarah apa-apa ke dengan mamat tu?" Yoo In dah keluar soalan macam-macam. Macam popcorn dah pulak.
     "Apa yang kau cakap ni..Mana ada....."Aku menoleh ke arah pandangan yang dituju oleh Yoo In.Gulp.....disaster....big disaster...
    "Yoo In....jom balik bilik..Aku rasa tak sihat la...jom...."
    "Eh tiba-tiba nak balik..Kau ada benda yang tak cerita dengan aku eg?"
    "Memang pun...aku baru nak stoly moly dengan kau tapi kau dah potong dulu...Jom la balik..."
    "Haa...kau ada scandal eg...Hehehe...."
    "Aku potong jugak la karang kepala budak ni...Nak balik ke tak ni?" Aku tanya sambil mendesak kawan aku ni. Boleh pula dia nak main-main time-time genting ni. Aku dah rasa leher aku kena jerut dengan pandangan laser mamat tu..
    "Ok ok...Apa kata aku cerita kat kau satu kisah yang seronok lagi mengancam kat kau supaya kau tak pay attention kat mamat tiga suku tu.Buat penat jer pegi kelas jauh-jauh pastu nak balik.." Pujuk Yoo In. Idea tak bernas langsung tapi apa lagi option yang aku ada selain buat kerja gila menapak balik asrama yang jauh mengalahkan aku nak balik rumah jer..Pandangan mamat tuh masih pada aku...Haish........

Wednesday, December 15, 2010

Rainbows (4)

     Lepas Statistical Method........ape yer...ape yer......tangan dah mencapai beg lalu membuka zip. Mana pergi jadual aku ni. Aku selak sana sini mencari jadual yang tengah menyorok dalam beg 'Doraemon' aku ni.Haa...jumpa pun. Financial Accounting Fundamentals pula. Dekat Lecture Room Level 2.Haish...Kena mendaki lagi. Lama-lama aku dekat sini boleh jadi slim. Kalah Miss Universe...Muahahaha...
     Ada waktu lagi sebelum mass lecture. Aku melangkah ke bilik pensyarah untuk mengambil course outline bagi subjek yang seterusnya. Mata aku melilau ke kiri dan ke kanan aku. Kelihatan pelajar-pelajar berpusu-pusu ke destinasi masing-masing. Ada juga yang sedang berbual, membuat background reading. Aku menggeleng kepala sambil tersenyum. Inilah rupanya keadaan di universiti. Patut la kak long dengan kak angah selalu nak menang kalau bab-bab pengalaman belajar dulu.Huhuhu......Seronok melihat gelagat orang yang bermacam ragam...
     "Aaaaa!!!" Sakitnya.......siapa pulak yang langgar aku ni..Tak sikit punya besar ke aku kat sini...Aku orang tau bukan kucing tikus.....Adeh...
     "Awak ni letak mata kat mana?! Tak nampak ke saya tengah jalan kat sini. Sedap-sedap pulak awak langgar saya. Awak ingat awak cantik sangat ke?!" Marah campur sindir ni. Ini tak boleh nak tolak ansur dah ni. Mata disebalik spectacles tak berbingkai itu merenung aku dengan pandangan yang tajam membara. Peduli hapa aku...
     "Eh saudara, sebelum awak nak marah-marah saya cum menyindir saya cuba awak tilik dulu diri awak tu. Awak tu yang galak sakan dengan kawan-kawan awak sampai tak tengok sekeliling. Awak tu letak mata kat mana?!" Dia ni memang membengangkan aku la...Dah la malu sebab orang tengok lepas tu menyalahkan aku pulak...
     "Salah saya la ni. Awak ingat awak tu.........."
     "Ril......Ril....Kalau kau nak perang mulut ke hidung ke apa ke, bangun la dulu. Yang kau duk hempap sister ni lagi kenapa?...Bangun dulu..." Kawan dia yang remos still standing tu tegur mamat ni. Aah...aku baru sedar mamat ni duk atas aku lagi. Nasib baik la tak rapat sangat. Haish...tak boleh tak boleh...
     "Haa bangun la...tunggu apa lagi......"Aku menegur dengan suara yang dinaikkan sedikit lagi. Mamat itu cepat-cepat bangun sambil membetulkan kedudukan beg yang melurut jatuh ke tangan ke bahu kembali.
     " Tak pe tak pe...hari ni hari kau...." Mamat tersebut memberi amaran berbau ugutan kepada aku ketika aku sibuk mengibas-ngibas kain akibat dilanggar tadi. Eh eh...Ape dia ingat aku takut sangat dengan dia. Ingat muka hensem sangat ke nak balas-balas dendam kat aku. Setakat kulit putih tu tak ada makna pun. Mata dia masih memandang ke arah aku. Sinis plus marah. Suka hati kau la....Aku pun berlalu dari situ dengan perasaan yang berbuku tanpa melihat orang ramai yang melihat ke arah pergaduhan kami sekejap tadi. Geramnyaaaaa......

Tuesday, December 14, 2010

Renungan...

     Haish...panas tol la ari ni....Sengkek betol la ptptn nie..aku nak log in bapak payah giler.....aku dah tak macam orang dah mengadap benda alah nie....Kawan-kawan yang lain buat ok jer..Asal aku tak boleh pulak...Nak buat macam mana erk..?
     Tengah duduk termenung memikirkan masalah yang membingungkan aku ni, Encik Azman aka bapak aku call.
     "Kamu buat apa tu..Tak tidur lagi...?"
     "Abah, sakit kepala la nak buat ptptn ni.."
     "Kamu call jer orang tu...tak payah pening kepala nak buat-buat sendiri. Dah besar pun kena tanya abah lagi ker...Hmmm.."Abah dah start membebel...
     "Ehehehheheh...."Aku malu....
     Memang betul susah kalau tak ada parents disisi kita. Everything we do it our own. Tapi bila sangkut macam ni, baru mintak tolong parents...Haish...Appreciate them, love them when they still with us.....We will never know when and where they will slip off from our lives...May Allah bless us all.....

P/s : mungkin contoh yang aku beri nie sgt simple...is just a mere situation that technically happened to me..banyak lagi benda yang kita lakukan didunia ni yang kita tak sengaja perasan atau sengaja perasan tanpa memikirkan kedua orang tua kita...Jadi renung-renungkanlah....

Monday, December 13, 2010

Rainbows (3)

Don't cry to me, if you loved me
You would be here with me 
You want me, come find me
Make up your mind.......


MasyaAllah, terkejut aku. Nak kasi aku mati cepat betul la. K660i aku menjerit lagu Call Me Sober. Siapa la yang call aku tengah-tengah malam buta ni. Baru nak berangan tadi.Hish...
     " Assalamualaikum."Suara sana bagi salam.
     "Waalaikumussalam. Haa nak apa call aku malam-malam ni?Mimpi ke apa.."
     "Beb, kau kena tolong aku beb. Emergency ni..Please....."
     "Aku tahu. Kau mesti nak pinjam nota aku kan. Macam aku tak tau. Kau ni kan dah banyak kali aku pesan...."
     "Cup. Sebelum kau cakap apa-apa, kau bagi tak..?Kalau tak, tak ape la..Aku buat la sendiri. Dah la kena hantar 2 hari lagi. Kerja lain banyak lagi......." Yoo In dah buat soap opera kat sini. Macam aku cair dengan dia ni..Haish..
     "Ye la aku bagi. Tapi ni yang last tau. Lepas ni dah tak ada. Kau buat sendiri. Nak merayu ke apa, tak diterima." Aku dah melunjurkan kaki menghilangkan lenguh sambil handphone melekat di telinga.
     " Cayang kau busyuk-busyuk...... Kau la kawan aku dunia akhirat..."
     " Dah dapat baru nak sayang. Menyampah betul. Dah-dah aku nak sambung tengok Harry aku. Kacau je..Ambil nota tu kat aku esok. Tak ada makna aku nak buat delivery tak bergaji."
     "Ai ai sir. Assalamualaikum.."Klik. Itu la kawan aku merangkap saviour aku. Tapi selalunyer kerja saviour itu aku la yang dapat. Huhu...Nasib aku sayang kau jugak.
      Aku sambung tengok movie balik. Muka Harry aku tatap lagi. Masih terbayang manusia itu walaupun kajadian itu berlaku 3 bulan yang lalu. Mana aku nak cari engkau yer...Hmmmmmm......

Rainbows (2)

     "Weyh, ini masjid!"
     "Haah..engkau kata nak pergi suatu tempat yang cantik menarik tertarik tuh......"
     Yoo In tepuk kepala sendiri...Haish....ape la engkau orang ni. Ini la time nya nak memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi sebelum pergi jenjalan. Susah-susah....
     "Kawan-kawan yang disayangi sekalian, engkau orang dah solat asar ke belum?Hmmm??"
Yoo In tengok muka kami satu persatu. Kami dah tersengih macam kambing tak cukup makan.
     "Mari kawan-kawan kita gi solat."Aku mengajak mereka semua. Nak cover sebenarnya...Kami pun mula beralih kaki ke masjid. Sedang aku berpusing ke kanan, kelibat seorang manusia sedang berjalan ke arahku. Pandanganku jatuh pada wajah yang basah dengan air. Mungkin dia lepas mengambil wudu' tadi. Tiba-tiba pandangan kami bertembung. Aku terdiam seketika. Dia masih memandangku.....


     



Sunday, December 12, 2010

Rainbows (1)

Aku menggaru kepala yang tak gatal.Haish.....Cepat la mati...Aku dah tak larat nak tengok muka engkau ni...
     "Sectumsempra!!!!!" Sakit betul telinga aku...Padahal aku yang jerit..Haha...Skrin notebook sedang memaparkan pertarungan antara Harry Potter dengan Draco Malfoy. Aksi didalam toilet itu memang melajukan jantung aku yang memang berdegup kencang ini. Tetiba aku rasa ada something. Muka Harry yang cute tu macam aku pernah nampak. Tapi kat mana yerr...

Rainbows

"YA!!!!!!!!!!!"
"At last..."
"Habis jugak..."
"Lepak jom..."
"On....mne?...Gerbang Malam?"
"Ikut jer aku...ko msti suke punyer....."
Yeah....SPM dah habis. Lepas sudah segala seksa yang lagi menyeksakan fizikal dan mental aku. Bukannya senang aku nak menjawabkan exam tu. Mau jatuh tersungkur,tergolek,tercampak, and ter-ter lah kalau tak study betul-betul.Yoo In, bukan nama sebenar dah ajak jenjalan. Tak kuasa aku nak melangut tak tentu pasal kat rumah tu.Hehe....jalan ke mana?Hanya dia sorang yang tau. Aku dengan yang lain ikut jela mane dia nk pergi. Jangan diajak pergi hutan mana2 sudeyh...

first timer

uish.....susah btol la nk msuk....internet lembab mengalahkan siput bergerak jer.....but anyway dpt jugak buat....hopefully by entering diz magic spot can improve me myself and others...May Allah bless us all....XD