"Lebatnya hujan. Bila la nak berhenti. Hmmm..."
Sejuk, basah, dingin, kegigilan, semuanya ada. Cuma satu yang hilang. Hilang lama dahulu. DIA. Dia yang menghangatkan hariku. Berada disisinya amat membahagiakan diriku. Bercanda, tersenyum sesama sendiri, menikmati hujan berdua. Tapi...semua itu telah berlalu. Kenangan pahit menggamit perasaan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Memang orang kata masa boleh memnyembuhkan luka dihati, tapi mereka tidak merasainya seperti yang aku alami. Jauh disudut hati, aku rindukan dia. Adakah DIA merasainya juga?
Tuesday, September 27, 2011
Friday, July 8, 2011
Hey!!!!!!
Lamanya tinggal blog....berhabuk dah bende dalam nih..tebal lebih seinci dah nih....sekarang nak update la per2 yang patot kan....tapi nak cakap per pon....nak say HAI, rasanye dah kenal sumer 'orang'....maksudnye yang follow lah...hehehe......tapi yang baca pon boleyh la...facebook da bukak, YM xlagi....huhu...hurmmm...sebenarnye kan,..............................sye nak pegi mandi................muahahahhaha......out dulu.....chow leng kong...........................=D
Tuesday, March 15, 2011
Titipan Hati
Angin semilir umpama sutera cina menampar lembut pipiku. Aku mendongak ke langit memandang awan yang berbagai bentuk dan paten. Pandanganku jauh merentasi awan-awan nan biru. Namun mindaku kosong. Kosong seperti kertas yang tiada contengan berlakar diatasnya. Tidak dapat ditafsirkan warna-warna apakah yang akan dicoretkan. Sudahku cuba memerah segala solusi-solusi yang patut aku perbentangkan kepadanya. Aku buntu. Tiada bantuan yang dapat menghulurkan tangan memikul bebanan bersama-samaku.
Wajah yang terpampang didepan mataku keruh. Seperti keruhnya air sungai yang berkeladak dengan pasir-pasirnya. Matanya tiada lagi bercahaya seperti biasa. Aku menghela dan menghembus nafas panjang. Kupaut tangannya. Kugenggam dengan erat, menyalurkan segala kekuatanku kepadanya. Aku perlu kuat walaupun air mataku seakan mahu jatuh menyungai di kedua belah pipiku. Lalu kuberkata kepadanya setelah jeda antara kami berlangsung lamanya.
"Temanku, usah kau berduka lara. La tahzan. Ada lagi mereka yang lebih berduka darimu. Ku juga pernah mengalami perkara yang serupa. Ada banyak solusi yang boleh digunapakai. Tiada gunanya menitikkan air mata sekiranya jalan cara tiada bergerak. Keras begitu sahaja. Jikalau tiada menjadi, mintalah pada Rabbul Izzati. Dia Yang Agung tempat kita sekalian menghamburkan tangis. Jangan sekali lupa pada-Nya. Titipan-titipan cinta dari-Nya menjadi penawar segala racun. Bacalah, agar kau mendapat ketenangan. Jangan bimbang wahai teman. Aku sentiasa bersamamu. Tiada pernah sezarah niat untukku meninggalkanmu."
Aku mengukir senyuman kepadanya. Moga kata-kataku meringankan beban tanggungannya. Aku sentiasa berada disampingmu, teman..........................
-Khas untukmu-

Subscribe to:
Posts (Atom)