Monday, December 27, 2010

Rainbows (7)

     Suasana di dalam library kelihatan sunyi pada malam ini walaupun ramai pelajar sedang mengulang kaji. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang galak menghembuskan dingin didalam ruangan itu. Bunyi selakan buku-buku juga menjadi melodi yang sangat merdu di pendengaranku. Mungkin kerana musim peperiksaan bakal ditempuh oleh kami semua tak lama lagi. Menjadi salah satu sebab mengapa pelajar-pelajar bertungkus-lumus membuat revision agar tidak jatuh tersungkur semasa menjawab peperiksaan. Aku menguatkan semangat menapak ke dalam ruangan yang dingin lagi luas itu. Debaran didada masih terasa kencang seperti aku melihat cerita seram Haunting In Connecticut Sabtu lepas bersama Yoo In. Sudah la aku tidak suka melihat cerita bergenre seram lagi minah itu galak mengajak aku.Huh....
     Aku meletakkan beg di atas meja yang berhadapan dengan rak-rak buku. Aku memandang sekilas ruangan level 2 ini mencari kalau-kalau Yoo In telah datang lebih awal dan menyimpan tempat untuk aku..Hmm...nampaknya dia tak datang lagi. Aku kembali ke arah beg dan mengeluarkan buku dan peralatan yang diperlukan sebelum membaca doa untuk memulakan ulang kaji.
     Selang 10 minit, kerusi dihadapan aku ditarik. ' Sapa la pulak yang duk depan aku ni. Menyemak jela. Tempat lain kan banyak..'Geram aku dalam hati.
     "Ehem...Ehem...."Suara didepan aku berdehem. Aku mendongak melihat dia yang masih berdiri. Mata aku membulat dan mulutkan terbuka sedikit. Degupan jantung aku makin kencang. Adrenaline rush. Tak payah susah-susah aku nak gi berlari ke apa kalau nak rasa adrenaline rush. Tengok muka orang depan aku saja da boleh dah. Apa aku nak buat ni. Risa....apa yang kau nak buat sekarang?....Think....think quickly.....cepat.....
     "Erm....hye....?"Eheheheh...

No comments:

Post a Comment