Wednesday, December 15, 2010

Rainbows (4)

     Lepas Statistical Method........ape yer...ape yer......tangan dah mencapai beg lalu membuka zip. Mana pergi jadual aku ni. Aku selak sana sini mencari jadual yang tengah menyorok dalam beg 'Doraemon' aku ni.Haa...jumpa pun. Financial Accounting Fundamentals pula. Dekat Lecture Room Level 2.Haish...Kena mendaki lagi. Lama-lama aku dekat sini boleh jadi slim. Kalah Miss Universe...Muahahaha...
     Ada waktu lagi sebelum mass lecture. Aku melangkah ke bilik pensyarah untuk mengambil course outline bagi subjek yang seterusnya. Mata aku melilau ke kiri dan ke kanan aku. Kelihatan pelajar-pelajar berpusu-pusu ke destinasi masing-masing. Ada juga yang sedang berbual, membuat background reading. Aku menggeleng kepala sambil tersenyum. Inilah rupanya keadaan di universiti. Patut la kak long dengan kak angah selalu nak menang kalau bab-bab pengalaman belajar dulu.Huhuhu......Seronok melihat gelagat orang yang bermacam ragam...
     "Aaaaa!!!" Sakitnya.......siapa pulak yang langgar aku ni..Tak sikit punya besar ke aku kat sini...Aku orang tau bukan kucing tikus.....Adeh...
     "Awak ni letak mata kat mana?! Tak nampak ke saya tengah jalan kat sini. Sedap-sedap pulak awak langgar saya. Awak ingat awak cantik sangat ke?!" Marah campur sindir ni. Ini tak boleh nak tolak ansur dah ni. Mata disebalik spectacles tak berbingkai itu merenung aku dengan pandangan yang tajam membara. Peduli hapa aku...
     "Eh saudara, sebelum awak nak marah-marah saya cum menyindir saya cuba awak tilik dulu diri awak tu. Awak tu yang galak sakan dengan kawan-kawan awak sampai tak tengok sekeliling. Awak tu letak mata kat mana?!" Dia ni memang membengangkan aku la...Dah la malu sebab orang tengok lepas tu menyalahkan aku pulak...
     "Salah saya la ni. Awak ingat awak tu.........."
     "Ril......Ril....Kalau kau nak perang mulut ke hidung ke apa ke, bangun la dulu. Yang kau duk hempap sister ni lagi kenapa?...Bangun dulu..." Kawan dia yang remos still standing tu tegur mamat ni. Aah...aku baru sedar mamat ni duk atas aku lagi. Nasib baik la tak rapat sangat. Haish...tak boleh tak boleh...
     "Haa bangun la...tunggu apa lagi......"Aku menegur dengan suara yang dinaikkan sedikit lagi. Mamat itu cepat-cepat bangun sambil membetulkan kedudukan beg yang melurut jatuh ke tangan ke bahu kembali.
     " Tak pe tak pe...hari ni hari kau...." Mamat tersebut memberi amaran berbau ugutan kepada aku ketika aku sibuk mengibas-ngibas kain akibat dilanggar tadi. Eh eh...Ape dia ingat aku takut sangat dengan dia. Ingat muka hensem sangat ke nak balas-balas dendam kat aku. Setakat kulit putih tu tak ada makna pun. Mata dia masih memandang ke arah aku. Sinis plus marah. Suka hati kau la....Aku pun berlalu dari situ dengan perasaan yang berbuku tanpa melihat orang ramai yang melihat ke arah pergaduhan kami sekejap tadi. Geramnyaaaaa......

No comments:

Post a Comment