Friday, December 24, 2010

Rainbows (6)

Aku masih terbayang cerita yang dialkisahkan kepada aku semalam. Aku menggelengkan kepala dan tersenyum sambil memandang tunak ke arah barisan-barisan ayat Principles of Management. Macam-macam.

     "Aku tengah cari-cari buku kan..Lepas tu aku pun pergi la bersandar kat rak buku tu. Aku ingatkan tak ada la orang yang akan lalu dekat situ sebab rak tu duduknya yang paling hujung sekali..Tengah best aku landing kat situ, tetiba ada la sorang brother kat situ nak lalu. Aku pun kasi la laluan. Tapi mamat tu macam tak puas hati. Dia cari gaduh dengan aku. Masalah dia sebab aku bagi space sikit jer kat dia. Aku pun hangin la satu badan.. Aku pun tendang la kaki dia..Ingat dia bagus sangat.." Yoo In melempiaskan amarahnya.. Budak ni pun satu. Buatnya orang tu bengkak kaki dengan hati, naya la kau..
     "Apasal mamat tu..?Alasan tak macam alasan jer...Hensem tak mamat tuh..?"Aku sengih sambil mengangkat kening..Yoo In pantang kalau nampak lelaki yang berdahi licin...Fuh.....
     "Boleh la tahan..Ala-ala Govinda...Of course la tak..kau nie pun..Bukan sekali jer tau dia cari pasal dengan aku..Ni dah masuk kali kelima puluh lapan tau..Huh...."Muka bengang la tu..
     "Kau jangan benci sangat kat dia tu..Mak aku cakap nanti lama-lama jatuh hati kang..Masa tu baru kau tau langit tu tinggi ke rendah.." Aku menasihati Yoo In dah memuncungkan mulutnya. Suka la dia muncung-muncung. Bukannya lawa pun. Aku sekarang bertapa dalam bilik minah ni sebab kejap lagi aku nak pergi kelas Microeconomics. Dekat sikit aku nak berjalan. Tak payah aku nak menyusahkan tubuh aku yang kau orang sedia maklum comel lagi gebu ni...Hehehe...
     "Tak ada makna aku nak jatuh hati ke jatuh jantung ke kat mamat tak sedar diri tu..Ingat kita perempuan dia buat suka hati dia jer....Huh.....menyampah aku...."
     "Ikut engkau la..Aku nak tolong jer...."Aku tidak mahu menambah petrol ke dalam api amukan Yoo In..Aku mengerling ke arah jam didinding. Sudah pukul 3.00 petang. Kelas start pada pukul 3.45 petang.
     "Yoo In..." Aku mengerling ke arah Yoo In..Dia tengah memeluk patung Hamtaro sambil memejamkan mata. Aik....nak tidur ker?....
     "Weyh, jom bangun siap-siap pergi kelas..Dah pukul berapa ni....Karang lambat masuk kelas...Aku tak nak kena cap mohor 'Saya suka banget datang kelas lambat-lambat' dengan Prof.Razman Indon tu..Dah la minggu lepas aku kena gula dengan Prof tu..."Aku cuba mengalihkan patung di tangannya....susahnya....Yoo In mengalihkan Hamtaro dengan senyuman dibibir yang tidak boleh aku tafsirkan..
     "Sebenarnya Prof tu suka kat kau..Tapi kau jer yang tak nak...Muahahaha....lagi satu kau ada history kan dengan brother specky membunuh tu kan. Kau tak cerita lagi kat aku.."
     "Hish tak sayang mulut langsung....Aku sumbatkan Hamtaro busuk kau nie dalam mulut kau kang baru tau..Dah la dah la..malas nak layan..."Aku bangun sambil membetulkan rambut lalu masuk ke dalam bilik air..Yoo In gelak macam tak cukup nafas lepas tu........

No comments:

Post a Comment